FAQ

 1. S: Apakah jenis produk atau servis yang ditawarkan Khaiily Perfume?
     J: Kami menawarkan perfume dan set perfume yang sesuai untuk dijadikan hantaran atau hadiah pada    
         harga yang lebih murah dari pasaran.

 2. S: Adakah produk yang ditawarkan benar-benar original?
     J: Ya. Kami mendapatkan produk yang kami jual terus dari pembekal di Amerika Syarikat dan produk 
         kami dijamin original atau wang anda akan dikembalikan!

 3. S: Adakah kami membuat penghantaran ke luar negara?
     J: Maaf. Buat masa ini, kami hanya membuat penghantaran dalam Malaysia sahaja.

 4. S: Adakah Khaiily Perfume mempunyai item yang 'ready-stock'?
     J: Tidak, ini kerana kami ingin memastikan item adalah sentiasa baru dan untuk mengelakkan stok lapuk 
       kecuali dinyatakan.

 5. S: Adakah harga yang dinyatakan termasuk kos penghantaran?
     J: Tidak. Kami tidak dapat menyatakan kos penghantaran kerana kos penghantaran bergantung kepada 
       berat item yang akan dihantar.

 6. S: Apakah makna EDT, EDP dan EDC?
     J: Di bawah adalah singkatan minyak wangi yang di gunakan di dalam laman web ini. Kepekatan adalah    daripada yang paling kuat kepada lemah.  
EDP - Eau de Parfum
PDT - Parfum de Toilette (sama seperti EDP)
EDT - Eau de Toilette
COL - Cologne
EDC - Eau de Cologne
Tester - Botol dan minyak wangi yang original, cuma tiada kotak original dan tiada penutup (melainkan jika tertera dengan penutup).