TESTER

Apa itu tester?

Unit TESTER adalah unit perfume yang biasa dilihat di kaunter-kaunter perfume di pusat membeli-belah. Selalunya, tester disembur pada potongan kertas yang disediakan di kaunter atau pada badan sebagai tester haruman perfume tersebut.

Unit TESTER juga perfume ORIGINAL seperti stok biasa yang dijual di kaunter-kaunter pusat beli-belah atau di kedai-kedai perfume. Ada penggemar perfume yang suka membeli unit TESTER (bukan dari kaunter) kerana ia lebih TAHAN LAMA berbanding stok biasa kerana kandungan esen pewanginya lebih banyak sedikit peratusan berbanding stok biasa yang biasa dibeli.

Mengapa? Ia berTUJUAN untuk memikat hati para pembeli untuk kembali mendapatkan perfume tersebut kerana harumannya akan "melekat". 

Ciri-ciri perfume TESTER seperti berikut:
1) BerKOTAK warna COKLAT atau PUTIH tetapi masih memaparkan nama perfume tersebut.
2) Pada kotak akan tertulis "TESTER" atau "DEMONSTRATION".
3) Pada botol juga akan tercetak "TESTER" atau "DEMONSTRATION".
4) Isipadu unit TESTER adalah sama dengan stok biasa. TIADA kekurangan isipadu. Maka ia dijual sebagai "TESTER BARU".
5) Ada unit TESTER jenama tertentu mempunyai PENUTUP / CAP (seperti Jennifer Lopez).
6) Ada juga unit TESTER jenama tertentu yang TIDAK BERPENUTUP / NO CAP (seperti Salvatore Ferragamo).
7) Haruman unit TESTER sama seperti stok biasa. TIADA PERBEZAAN pada harumannya.
8) Haruman unit TESTER yang TIDAK BERPENUTUP / NO CAP juga sama seperti stok biasa. TIADA PERBEZAAN pada harumannya.

8) Yang paling best, harganya lebih murah sedikit dari perfume biasa walaupun harumannya lebih lasting!